Monday, April 25, 2011

JADUAL BULAN MEI 2011

KELAS SILAT REMAJA & KANAK-KANAK

Guru Shahiid akan membuat ujian kenaikan bengkung untuk semua peringkat sepanjang 4x kelas latihan. Seorang pesilat hanya menduduki 1x ujian sahaja, ujian akan dijalankan sebanyak 4x adalah untuk memberi peluang kepada mana-mana pesilat yang tidak bersedia lagi. Sekiranya pesilat sudah menduduki ujian dan lulus pada 8 Mei (contoh) maka pesilat tersebut tidak perlu menduduki ujian pada kelas seterusnya.

1 MEI - CUTI
8 MEI - LATIHAN + UJIAN
15 MEI - LATIHAN + UJIAN
22 MEI - LATIHAN + UJIAN
29 MEI - LATIHAN + UJIAN

Ujian
  1. Bunga Silat
  2. Jurus Silat
  3. Buah Pukulan
  4. Seni Persembahan / Pulut
  5. Tempur Beladiri

Friday, April 15, 2011

SILAT : 7 KESAN TERHADAP SIKAP ANAK-ANAK SELEPAS MENJALANI LATIHAN SILAT


Silat merupakan seni bela diri kebangsaan Malaysia. Sistem latihan silat berdasarkan kepada gerakan geometri manusia ataupun pola langkah. Silat tidak memasukkan gaya binatang seperti yang terdapat di dalam seni beladiri Kung Fu. Teknik yang terdapat di dalam sistem latihan silat adalah sangat praktikal dan berguna kepada anak-anak anda. Kanak-kanak sebenarnya lebih mendapat manfaat berbanding orang dewasa ketika berlatih Silat. Hal ini berlaku kerana struktur tubuh mereka yang sedang membesar amat mudah manjadi serasi dengan sistem latihan silat. Oleh itu, dengan latihan yang sempurna kanak-kanak akan menjadi lebih fleksibel, peningkatan kekuatan otot dan peningkatan tahap kecergasan, dan juga akan mengembangkan lagi teknik bersilat mereka.

Namun, yang lebih utama adalah anak-anak akan mendapatkan kesan yang lebih positif terhadap keperibadian dan perilaku dalaman mereka. Tujuan utama Seni Silat Malaysia adalah menghasilkan individu yang mulia dan positif yang dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara dalam membangunkan umat yang kuat. Berikut adalah penjelasan kepada tujuh kesan latihan silat pada sikap kanak-kanak berdasarkan tujuh aktiviti penting dalam sistem latihan seni bela diri Silat :

1. Menghormati. Anak-anak akan ditanam dengan sikap menghormati pada hari pertama mereka datang ke silat kelas. Para guru Silat akan mengajar mereka yang mereka harus menunjukkan tanda hormat ke guru Silat setiap kali sebelum memulakan dan menamatkan sesi latihan.

2.
Disiplin & Sabar. 'Bunga Silat' (anak-anak belajar bagaimana untuk memahirkan langkah/posisi defensif dan serangan dalam Silat) memberi gerak asas Silat dan langkah yang diperlukan anak-anak supaya menjadi berdisiplin dan sabar dalam setiap langkah mereka pelajari. Hal ini juga akan meningkatkan lagi sikap baik yang lain seperti tenang, berhati-hati, rapi, dan bersaing dalam setiap bidang yang mereka sertai.

3. Berkeyakinan Tinggi. Latihan ‘Jurus Silat' (disiplin yang meningkatkan kemahiran serangan dan defensif samada serangan tunggal atau lebih kepada tubuh lawan) juga akan mendidik anak-anak untuk taat, keseimbangan, positif, tegas, dan berkeyakinan tinggi dalam apa sahaja bidang yang mereka akan terlibat pada masa hadapan.

4.
Beradab. 'Belebat silat' (menerima serangan dari seorang lawan atau ramai) latihan akan mendorong anak untuk meningkatkan kemahiran berstrategi tentang bagaimana untuk menerima serangan dari pihak lawan. Secara tidak langsung kegiatan ini akan memberi sikap yang positif seperti mengambil berat, menyayangi, bertanggung jawab, setia, kreatif, dan setiawan terhadap rakan silat mereka serta terhadap lawan mereka.
5. Semangat. 'Tapak silat' (Pola-Langkah Silat atau Gerak Silat) sistem latihan merupakan latihan yang akan mengembangkan kemahiran anak-anak tentang cara mengatur pola langkah gerak Silat di lantai. Latihan ini akan meningkatkan semangat dan tekad anak-anak dari hati hingga ke fikiran mereka. Dengan demikian, mereka akan memiliki sikap positif seperti inovatif, kejujuran, ikhlas dan tekad.

6.
Keperwiraan. 'Buah silat' (kaedah menyerang atau menerima serangan dalam rangka untuk serang-balas samada satu lawan atau ramai) adalah latihan yang sangat diminati oleh kebanyakan pesilat. Mereka pelajari banyak teknik bela diri yang dapat membantu mereka dalam membina sikap kesopanan dan sikap pendekar.

7. Integriti dan Semangat Perjuangan yang Tinggi. Latihan 'Tempur silat' (Bertempur dengan Pesilat lain) akan meningkatkan prestasi anak-anak dalam bertempur dengan satu atau ramai lawan. Nilai-nilai positif (berani, kerjasama berpasukan, integriti, bersemangat tinggi, dan tangkas) akan ditimba dalam latihan ini yang dapat membangunkan keperibadian anak terutama dari segi kepimpinan.

Kesimpulannya, adalah sangat penting bagi anda untuk memahami perubahan yang akan berlaku pada anak-anak anda selepas mereka mula mempelajari Silat.
Setelah anak-anak memahami dan sertai kesemua program dalam latihan Silat, mereka akan menjadi lebih berani dan timbul perasan ingin tahu yang lebih banyak tentang silat terutama hal-hal pertahanan diri. Latihan Silat secara tidak langsung akan meningkatkan nilai-nilai dalaman anak-anak. Sikap positif lebih penting berada di dalam diri setiap pesilat berbanding kemahiran bersilat mereka. Selain itu, objektif Pendidikan Silat adalah untuk melahirkan seorang pahlwan berhati mulia dan berkarisma yang dapat menyumbangkan sesuatu kepada negara dan umatnya samada dalam pertandingan, pendidikan, perniagaan, atau apapun yang membawa nilai-nilai yang baik untuk negara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...