Friday, December 23, 2011

Jadual Latihan JANUARI 2012


SELAMAT TAHUN BARU 2012!

Buat ahli-ahli dan yang ingin menyertai kelas Silat kami, hadirkan diri anda di kelas pembukaan kami pada 15 JAN 2012 (Hari Ahad) di Dewan Seksyen 2 Bdr Baru Bangi pada jam 9 pagi.


Serta jangan lupa saksikan aksi pesilat cilik dari Kelas Silat Bangi di rancangan DR. MUDA yang bakal ditayangkan di ASTRO CERIA pada Januari ini. Rancangan ini dihoskan oleh NABIL RAJA LAWAK.
Pesilat di dalam gambar (dari kiri) : Siti Umairah Rozaiddin,9 ; Nur Sofiyyah Amir Herman,9 ; Abu Bakar Rozaiddin, 12 ; Amir Hibban Amir Herman, 8. Nabil Raja Lawak (tengah,duduk).




Berikut jadual untuk Januari 2012 (Kelas Kanak-kanak & Remaja):
01/01 - CUTI
08/01 - CUTI
15/01 - Kelas Pembukaan - [9 AM - 11 AM]
22/01 - Kelas - [9 AM - 11 AM]
29/01 - Kelas - [9 AM - 11 AM]

Jadual Kelas Dewasa (Dewan MPKj Seksyen 7) :
15/01 (Ahad) - Kelas Pembukaan [6 PM - 7 PM]
21/01 (Sabtu) - Kelas [5 PM - 7 PM]
28/01 (Sabtu) - Kelas [5 PM - 7 PM]


Sebarang pertanyaan, kemusykilan, aduan boleh terus berhubung/sms Jurulatih (En. Safwan) di talian 019 265 0976

Friday, December 2, 2011

JADUAL KELAS SILAT DISEMBER 2011

JADUAL KELAS SILAT DISEMBER 2011

KELAS SILAT DEWASA (Dewan MPKj Seksyen 7, Bdr Baru Bangi)
  1. 4/12 (AHAD) 9-11 malam
  2. 11/12 (AHAD) 9-11 malam
  3. 18/12 (AHAD) 9-11 malam
  4. 25/12 (AHAD) 9-11 malam

Saturday, October 29, 2011

JADUAL KELAS SILAT NOVEMBER 2011

JADUAL KELAS SILAT

A. KELAS KANAK-KANAK & REMAJA
- CUTI sehingga bulan Disember 2011.
- Akan buka semula pada bulan Januari 2012.
- Tarikh akan diumumkan pada pertengahan Disember 2011.
- SELAMAT BERCUTI.

B. KELAS DEWASA
  • 5/11/2011 - CUTI AIDILADHA.
  • 13/11/2011 - 10am-12pm
  • 20/11/2011 - 9pm-11pm
  • 27/11/2011 - 10am-11am

Sunday, September 11, 2011

JADUAL KELAS - SEPTEMBER 2011

Belum terlambat untuk kami dari warga blog KELAS SILAT BANGI untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pesilat-pesilat dan seluruh umat ISLAM di seluruh dunia.

Berikut jadual Kelas untuk SEPTEMBER 2011 [ tertakluk kepada perubahan - jika terdapat perubahan, memo akan dikeluarkan di blog ini ]

KELAS KANAK-KANAK / REMAJA
18 Sept - KELAS
25 Sept - KELAS
2 Okt - KELAS
9 Okt - KELAS
16 Okt - KELAS

KELAS DEWASA
17 Sept - KELAS
24 Sept - KELAS

Friday, July 29, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK


As Salamu Alai Kum w.b.t.

Kami dari blog KELAS SILAT BANGI mengucapkan Selamat Menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kesemua ahli-ahli Silat khususnya warga Pusat Cemerlang Silat dan Seni Gayung Fatani di seluruh dunia, serta kepada semua Muslimin & Muslimat.

Semoga Bulan Ramadhan pada tahun ini kita semua diberkati dengan Rahmat Ar-Rahim.

Juga semoga Allah swt membantu umat-umat Islam yg ditindas serta moga Allah memberi semangat kepada kita semua untuk kebangkitan Islam kali ke-2.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.

P/S : ~Puasa Jangan Tak Puasa...

Ikhlas dari,
MOHD SAFWAN,
Jurulatih Kelas Silat Bangi


---------------------------------------

JADUAL KELAS SILAT SEPANJANG RAMADHAN/SYAWAL 1433 H (2011 M)

Kelas Dewasa
5/8 - UJIAN KENAIKAN BENGKUNG (PUTIH - BIRU)
12/8 - CUTI
19/8 - CUTI
26/8 - CUTI
2/8 - CUTI RAYA
9/8 - CUTI RAYA
16/9 - Kelas
23/9 - Kelas
30/9 - Kelas


Kelas Remaja
7/8 - CUTI
14/8 - CUTI
21/8 - CUTI
28/8 - CUTI
4/9 - CUTI RAYA
11/9 - CUTI RAYA
18/9 - Kelas
25/9 -Kelas

*Tertakluk pada perubahan semasa. Sila hubungi Jurulatih Safwan, 019-265 0976 untuk kepastian.

Saturday, June 4, 2011

JADUAL KELAS SILAT JUN 2011

Kelas Silat Remaja & Kanak-Kanak

5/6/11 - CUTI
12/6/11 - Kelas / Ujian Kenaikan Bengkung
19/6/11 - Kelas / Ujian Kenaikan Bengkung
26/6/11 - Kelas / Ujian Kenaikan Bengkung


Kelas Silat Dewasa

3/6/11 - Kelas
10/6/11 - Kelas
17/6/11 - Kelas

Monday, April 25, 2011

JADUAL BULAN MEI 2011

KELAS SILAT REMAJA & KANAK-KANAK

Guru Shahiid akan membuat ujian kenaikan bengkung untuk semua peringkat sepanjang 4x kelas latihan. Seorang pesilat hanya menduduki 1x ujian sahaja, ujian akan dijalankan sebanyak 4x adalah untuk memberi peluang kepada mana-mana pesilat yang tidak bersedia lagi. Sekiranya pesilat sudah menduduki ujian dan lulus pada 8 Mei (contoh) maka pesilat tersebut tidak perlu menduduki ujian pada kelas seterusnya.

1 MEI - CUTI
8 MEI - LATIHAN + UJIAN
15 MEI - LATIHAN + UJIAN
22 MEI - LATIHAN + UJIAN
29 MEI - LATIHAN + UJIAN

Ujian
  1. Bunga Silat
  2. Jurus Silat
  3. Buah Pukulan
  4. Seni Persembahan / Pulut
  5. Tempur Beladiri

Friday, April 15, 2011

SILAT : 7 KESAN TERHADAP SIKAP ANAK-ANAK SELEPAS MENJALANI LATIHAN SILAT


Silat merupakan seni bela diri kebangsaan Malaysia. Sistem latihan silat berdasarkan kepada gerakan geometri manusia ataupun pola langkah. Silat tidak memasukkan gaya binatang seperti yang terdapat di dalam seni beladiri Kung Fu. Teknik yang terdapat di dalam sistem latihan silat adalah sangat praktikal dan berguna kepada anak-anak anda. Kanak-kanak sebenarnya lebih mendapat manfaat berbanding orang dewasa ketika berlatih Silat. Hal ini berlaku kerana struktur tubuh mereka yang sedang membesar amat mudah manjadi serasi dengan sistem latihan silat. Oleh itu, dengan latihan yang sempurna kanak-kanak akan menjadi lebih fleksibel, peningkatan kekuatan otot dan peningkatan tahap kecergasan, dan juga akan mengembangkan lagi teknik bersilat mereka.

Namun, yang lebih utama adalah anak-anak akan mendapatkan kesan yang lebih positif terhadap keperibadian dan perilaku dalaman mereka. Tujuan utama Seni Silat Malaysia adalah menghasilkan individu yang mulia dan positif yang dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara dalam membangunkan umat yang kuat. Berikut adalah penjelasan kepada tujuh kesan latihan silat pada sikap kanak-kanak berdasarkan tujuh aktiviti penting dalam sistem latihan seni bela diri Silat :

1. Menghormati. Anak-anak akan ditanam dengan sikap menghormati pada hari pertama mereka datang ke silat kelas. Para guru Silat akan mengajar mereka yang mereka harus menunjukkan tanda hormat ke guru Silat setiap kali sebelum memulakan dan menamatkan sesi latihan.

2.
Disiplin & Sabar. 'Bunga Silat' (anak-anak belajar bagaimana untuk memahirkan langkah/posisi defensif dan serangan dalam Silat) memberi gerak asas Silat dan langkah yang diperlukan anak-anak supaya menjadi berdisiplin dan sabar dalam setiap langkah mereka pelajari. Hal ini juga akan meningkatkan lagi sikap baik yang lain seperti tenang, berhati-hati, rapi, dan bersaing dalam setiap bidang yang mereka sertai.

3. Berkeyakinan Tinggi. Latihan ‘Jurus Silat' (disiplin yang meningkatkan kemahiran serangan dan defensif samada serangan tunggal atau lebih kepada tubuh lawan) juga akan mendidik anak-anak untuk taat, keseimbangan, positif, tegas, dan berkeyakinan tinggi dalam apa sahaja bidang yang mereka akan terlibat pada masa hadapan.

4.
Beradab. 'Belebat silat' (menerima serangan dari seorang lawan atau ramai) latihan akan mendorong anak untuk meningkatkan kemahiran berstrategi tentang bagaimana untuk menerima serangan dari pihak lawan. Secara tidak langsung kegiatan ini akan memberi sikap yang positif seperti mengambil berat, menyayangi, bertanggung jawab, setia, kreatif, dan setiawan terhadap rakan silat mereka serta terhadap lawan mereka.
5. Semangat. 'Tapak silat' (Pola-Langkah Silat atau Gerak Silat) sistem latihan merupakan latihan yang akan mengembangkan kemahiran anak-anak tentang cara mengatur pola langkah gerak Silat di lantai. Latihan ini akan meningkatkan semangat dan tekad anak-anak dari hati hingga ke fikiran mereka. Dengan demikian, mereka akan memiliki sikap positif seperti inovatif, kejujuran, ikhlas dan tekad.

6.
Keperwiraan. 'Buah silat' (kaedah menyerang atau menerima serangan dalam rangka untuk serang-balas samada satu lawan atau ramai) adalah latihan yang sangat diminati oleh kebanyakan pesilat. Mereka pelajari banyak teknik bela diri yang dapat membantu mereka dalam membina sikap kesopanan dan sikap pendekar.

7. Integriti dan Semangat Perjuangan yang Tinggi. Latihan 'Tempur silat' (Bertempur dengan Pesilat lain) akan meningkatkan prestasi anak-anak dalam bertempur dengan satu atau ramai lawan. Nilai-nilai positif (berani, kerjasama berpasukan, integriti, bersemangat tinggi, dan tangkas) akan ditimba dalam latihan ini yang dapat membangunkan keperibadian anak terutama dari segi kepimpinan.

Kesimpulannya, adalah sangat penting bagi anda untuk memahami perubahan yang akan berlaku pada anak-anak anda selepas mereka mula mempelajari Silat.
Setelah anak-anak memahami dan sertai kesemua program dalam latihan Silat, mereka akan menjadi lebih berani dan timbul perasan ingin tahu yang lebih banyak tentang silat terutama hal-hal pertahanan diri. Latihan Silat secara tidak langsung akan meningkatkan nilai-nilai dalaman anak-anak. Sikap positif lebih penting berada di dalam diri setiap pesilat berbanding kemahiran bersilat mereka. Selain itu, objektif Pendidikan Silat adalah untuk melahirkan seorang pahlwan berhati mulia dan berkarisma yang dapat menyumbangkan sesuatu kepada negara dan umatnya samada dalam pertandingan, pendidikan, perniagaan, atau apapun yang membawa nilai-nilai yang baik untuk negara.

Thursday, March 24, 2011

NEXT SILAT CLASS & 'SILAT SEJAJAR' GAME

25 MAC 2011 (JUMAAT)
Kelas untuk DEWASA akan diteruskan di DEWAN SEKSYEN TUJUH, jam 10pm-12am.

26 MAC 2011 (SABTU)
Program 'SILAT SEJAJAR' di DEWAN MPKj SEKSYEN DUA. Pesilat yang menyertai harap berkumpul di dewan pada jam 7.00 pagi. Program akan tamat pada jam 6 petang.

27 MAC 2011 (AHAD)
Kelas latihan Silat berlangsung seperti biasa di DEWAN MPKj SEKSYEN DUA, bermula pada jam 9.00 am 12.00 pm.

Sebarang permasalahan mengenai Program "Silat Sejajar" dan Kelas di Dewan MPKj Seksyen Dua sila hubungi Cikgu Shahiid (019-248 7577).

Wednesday, February 9, 2011

Jadual Kelas Silat Bulan Februari 2011

Terdapat pembetulan di dalam Jadual Kelas yang telah diedarkan pada pesilat-pesilat.

6/2 - CUTI TAHUN BARU CINA
13/2 - DIBATALKAN kerana terdapat KENDURI KAHWIN di DEWAN
20/2 - Kelas Berjalan Seperti Biasa (10am-12pm)
27/2 - Kelas Berjalan Seprti Biasa (10am-12pm)

MENGENAI SITUASI DEWAN MPKj SEKSYEN DUA.
Diberitahu oleh pihak MPKj, dewan Seksyen Dua tidak dapat digunakan lagi walaupun proses renovasi sudah siap. Ini adalah disebabkan terdapat beberapa kerosakan renovasi yang perlu dilakukan. Dijangka siap pada bulan Mac 2011.

Buat sementara waktu latihan akan dijalankan di Dewan MPKj Seksyen Tujuh pada jam 10am-12pm.

Segala pertanyaan, sila hubungi terus dengan Cikgu Safwan, 019 - 265 0976

Segala Kesulitan amatlah dikesali.

Friday, January 14, 2011

Pertukaran Tempat Latihan



PERHATIAN! : Dimaklum kepada saya semalam, DEWAN SEKSYEN DUA sedang DIUBAHSUAI bermula pada minggu ini maka TIDAK DAPAT DIGUNAKAN sehingga pertengahan FEBRUARI.

Kelas Silat pertama pada 16/01/2011 (Ahad) TERPAKSA DIPINDAHKAN ke DEWAN SEKSYEN 7, jam 10pagi-12tghari. Sebarang pertanyaan, sila hubungi saya (Cikgu Safwan, 019-265 0976)

Segala kesulitan amatlah dikesali. Terima Kasih.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...