PENGAJAR




Guru Utama; Aminuddin Hj. Anuar

Anak kepada Almarhum, Tn. Hj. Anuar Abd. Wahab AMN (Pengasas Silibus Seni Silat Malaysia ; Pendita dan bekas Guru Utama PSGFM). Mantan Setiausaha Agung Majlis Jurulatih PSGFM. Bekas pelajar di Univ. Sains Malaysia (USM), 1995 dalam bidang Seni Halus. Menambah kepakaran seni beliau di Cosmopoint , KL dalam bidang Seni Reka Grafik Komputer pada tahun 1996/1997.

Juara kebangsaan dalam pertandingan Silat Seni Solo mewakili PSGFM (1992,1994,1995). Mendapat pingat Gangsa (1992) di Jakarta dan Perak (1994) di Hatyai.

Membangunkan Kelab Fatani Belia Sabah (KFBS) di Kota Kinabalu sejak November 2009.
(kelabfatanibeliasabah.blogspot.com/)

Bertaraf Guru Utama Seni Gayung Fatani Malaysia menggantikan bapa beliau selepas pemergiannya. Juga menjawat jawatan sebagai YDP  PESAKA Sandakan.

Biodata lengkap : senigayungfatani.com/perguruan/

Guru Aminuddin bersama trofi
sekitar tahun 90an.


Guru ; Dr. Nizam Shapie (PhD)

Memperolehi PhD. dalam bidang Kejurulatihan Sukan dari Univ. Wales of Institute, Cardiff (UWIC), United Kingdom menerusi kajian yang bertajuk "Influence of age and maturation on fitness development, tranability and competitive performance in youth Silat". Kajian beliau telah dibentangkan di Jerman (Sept 2008), London (Apr 2009), Kuala Lumpur (Sept 2011).

Berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang kejurulatihan Silat dengan membimbing pesilat-pesilat sekitar Bandar Baru Bangi, Kajang, Putrajaya, Cyberjaya, Cheras, dan Kuala Lumpur. Pernah membuka kelas Silat di UWIC ketika belajar di sana.

Bersama-sama dengan Almarhum Tn. Haji Anuar dalam membangunkan PUSAT CEMERLANG SILAT (PCS), sebuah institusi melahirkan jurulatih-jurulatih Silat yang profesional. Meneruskan misi PCS dalam merealisasikan impian Almarhum selepas pemergiannya.

Bertaraf Guru Kanan Seni Gayung Fatani Malaysia.

Maklumat lengkap mengenai PhD Dr. Nizam : senigayungfatani.com/
Guru Nizam ketika Majlis Penganugerahan
Doktor Falsafah di UWIC (Julai 2012)


Guru ; Shahiid Elias

Menguruskan PUSAT CEMERLANG SILAT dan kelas-kelas di bawah kelolaan PUSAT CEMERLANG SILAT. Bersama-sama dengan Guru Nizam dalam membangunkan Pusat Cemerlang Silat. Sedang menghabiskan program Master di UiTM Shah Alam. Berpengalaman dalam kejurulatihan Silat sejak tahun 2000 lagi. 

Menumpukan pembangunan kelas Silat di Shah Alam dan Bandar Baru Bangi.


Jurulatih ; Mohd Safwan

Baru menghabiskan Bachelor Sains Komputer (Multimedia) di UPM (2010), bertindak dalam membangunkan sistem-sistem Online dan video internet marketing untuk Pusat Cemerlang Silat. 

Berpengalaman dalam kejurulatihan Silat sejak tahun 2004.

Menumpukan pembanguan kelas Silat di Bandar Baru Bangi.

  • Dewan MPKj Seksyen 2, Bdr Baru Bangi
  • Sek Rend Agama (Integrasi) Bdr Baru Bangi
  • Pangsapuri Intana Ria, Seksyen 7, Bdr Baru Bangi
  • Kompleks Pendidikan Islam, Bdr Baru Bangi


Jurulatih Muda ; Azri Amin

Pengalaman bersilat sejak tahun 2000. 

Kini sedang giat membantu Jurulatih Safwan di Bandar Baru Bangi.


Jurulatih Muda ; Khidir Jamil

Terlibat dalam dunia persilatan sejak tahun 1999 di gelanggang kelolaan Guru Aminuddin Haji Anuar di Sekolah Tinggi, Kajang. Berpengalaman dalam pertandingan Silat Olahraga dan Silat Seni (Tempur) ketika di sekolah dan menerima anugerah persembahan terbaik pada pertandingan Pra-Sukma 2005.

Mula aktif menjadi jurulatih sejak tahun 2008 di Sekolah Tinggi, Kajang dan kini sedang menumpukan pembangunan kelas Silat di Sungai Ramal dan Kajang. Gelanggang yang aktif di bawah beliau adalah Pangsapuri Kenaria, Sg. Ramal Luar, Kajang.

Juga merupakan staff kepada NGO antarabangsa yang terkenal, Islamic Relief (Malaysia). Merupakan lepasan UNISEL jurusan Dip. Business & IT. Pengetahuan dalam bidan perniagaan dan IT sedikit sebanyak membantu menyumbangkan pembangunan Seni Gayung Fatani.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...