SILAT merupakan sebuah seni beladiri orang Melayu. Teknik berlawan di dalam Silat adalah berasal daripada kaedah seni peperangan orang Melayu. Silat dapat diaplikasikan samada anda diserang oleh seorang musuh mahupun diserang secara ramai. Terdapat banyak teknik berlawan yang anda boleh pelajari di dalam Silat. Namun, terdapat 7 teknik yang perlu anda mahir untuk menjadi seorang pesilat yang handal samada di gelanggang atau di jalanan.
Berikut TUJUH teknik di dalam Silat yang dimaksudkan tadi ;
1. TUMBUKAN. Tumbuk Rejam/Terus dan Sauk adalah teknik terbaik di dalam Silat. Jika serangan yang dibuat tepat mengenai sasaran penting (vital point), ia boleh membawa maut. Senaman seperti tekan-tubi dan latihan angkat beban boleh meningkatkan kuasa tumbukan anda.
2. TENDANGAN. Konsep `lebih tinggi anda tendang, lebih baik` adalah tidak relevan bagi Silat. Anda perlu meningkatkan teknik tendangan tepat ke sasaran untuk menumbangkan lawan anda. Anda boleh melatih dengan menggunakan alat sasaran seperti `kicking target` dan `punching bag`. Tendang-depan adalah tendangan terbaik kerana kuasa impak tendangan terus badan lawan. Tingkatkan kuasa tendangan dengan menguatkan otot peha dan betis.
3. SIKU. Merupakan serangan unik dalam Silat yang juga terdapat dalam Kick-Boxing, Tomoi, dan seni beladiri lain. Kebiasaannya, teknik ini digunakan apabila anda sedang mengelirukan lawan dengan pergerakan badan. Impak yang kuat terus ke rahang lawan dapat menumbangkan lawan.
Contoh Teknik Siku |
Contoh Teknik Sapuan |
5. TANGKAPAN. Inilah jawapan kepada mana-mana seni beladiri yang gemar menggunakan kaki sebagai serangan utama (contoh: Tae Kwan Do, Tomoi, dll). Kebiasaannya, teknik ini akan diikuti dengan menghentak lawan ke tanah/lantai atau serangan terus yang dapat menyakitkan lawan dengan teruk.
Contoh Teknik Tangkapan |
6. KUNCIAN. Kebanyakan teknik kuncian di dalam Silat akan diakhiri dengan mematahkan sendi atau tulang lawan itupun jika lawan cuba melawan kuncian anda. Teknik terbaik jika digunakan di dalam perlawanan jarak dekat samada tangan kosong atau bersenjata.
7. POTONG. juga bermaksud "Serang-Balas". Digunakan apabila serangan anda ditepis/tangkap. Apabila teknik ini digunakan semasa menggunakan senjata, ia boleh membawa maut atau setidaknya cedera parah. Teknik terbaik untuk mengalahkan lawan dari seni beladiri yang sering menggunakan teknik tangkapan dan kuncian.
Contoh Teknik Potong |
Sumber : http://pusatcemerlangsilat.com/silat-article/7-fighting-techniques-you-need-to-master-in-silat/
Pendapat saya,teknik kuncian boleh dibuat semasa lawan berada dalam keadaan penat atau letih... (^__^)
ReplyDeleteSaya teringin nk blajar seni beladiri hehehhe😂
ReplyDeleteBelajar seni bela diri xrugi..selain itu akhlak pn terjaga secara automatik..selain itu akn terjadi sesuatu y luar jagaan..seandai nya kita memahami itu akn menjadi sebuah panduan tanpa dijangka..cuba belajar dan iktiar utk cari warisan y semakin hilang..ingatlah jangan sesekali riak bila sudah pandai..ikot resam padi..
ReplyDeleteDah tua boleh lagi ke! Best tu belajar silat
ReplyDelete