`Buah Pukul` adalah satu gerak beladiri di dalam sistem latihan Silat berupa penerimaan serangan oleh seseorang diikuti serang-balas samada menggunakan senjata atau tangan kosong. `Buah Pukul` dikenali juga sebagai beladiri. Latihan beladiri dapat dilakukan dengan dua atau lebih penyerang di dalam mana-mana latihan Silat.
"Rejam, Sauk, Rejuk."
Teknik-teknik yang digunakan semasa latihan kebiasaannya berdasarkan tahap bengkung anda. Walaubagaimanapun, kebanyakan guru akan memberitahu pelajar mereka untuk meningkatkan teknik serangan terlebih dahulu sebelum dibenarkan mempelajari kaedah serang-balas di dalam latihan beladiri. Hal ini berlaku kerana tanpa pengetahuan kaedah menyerang dengan betul dan berkesan, anda tidak mampu memahami kaedah asas gerak beladiri.
Latihan beladiri akan menjadi mudah apabila penyerang tahu cara untuk menggabungkan kesemua pelajaran silat secara tersusun untuk mendapatkan serangan dan teknik yang terbaik ketika berhadapan dengan musuh. Oleh itu, anda perlu melatih 3 jenis tumbukan dalam usaha untuk menyerang balas lawan anda dengan berkesan. 3 jenis tumbukan yang dimaksudkan adalah ; Rejam, Sauk, Rejuk. Berikut adalah butiran lanjut mengenai setiap jenis tumbukan dan cara diaplikasikan di dalam beladiri :
Kaedah Rejam |
Kaedah Sauk |
Kaedah Rejuk |
Sistem latihan Silat menekankan anda untuk berlatih kesemua teknik serangan yang disebutkan di atas supaya anda berjaya menguasai teknik-teknik ini dengan berkesan. Oleh itu, anda perlu dua atau tiga rakan lawan (sparring partner) dengan berat, ketinggian dan saiz yang berbeza. Ini adalah amat penting supaya anda dapat merasai perbezaan serangan dalam usaha menerima dan menyerang-balas lawan anda dengan sempurna.
SUMBER: http://pusatcemerlangsilat.com/silat-article/silat-training-system-three-punches-to-apply-during-self-defense-training/
saya pun nak belajar silat jugalah
ReplyDelete