Monday, April 22, 2013

SILAT: 3 RAHSIA UNTUK TINGKATKAN KELAJUAN TENDANGAN ANDA

Terdapat banyak faktor kenapa ramai orang mahu melajukan tendangan. Salah satunya adalah supaya pesilat dapat menendang lawan secara berkesan demi mencapai kemenangan dalam pertandingan Silat Olahraga. Ramai pesilat yang bagus tidak membongkarkan rahsia kepada pesilat lain cara bagaimana mereka melajukan tendangan ketika bersilat. Tetapi, ramai percaya yang anda perlu mempunyai flesibiliti yang tinggi untuk melajukan tendangan.

Oleh itu, amatlah penting untuk anda tahu bagaimana anda mampu menendang dengan laju dalam Silat. Berikut adalah 3 rahsia yang dapat membantu anda mencapai kelajuan tendangan yang optimum dalam Silat :

1. Sesi Warm-up dan Regangan harus berlangsung selama 30 sehingga 45 minit. Sebagau persediaan kaki anda untuk aktiviti lasak ketika sesi latihan, anda perlu panaskan kedua kaki anda dengan betul. Pada kebiasaannya, sesi memanaskan badan bermula selepas latihan Bunga Silat. Tetapi, adalah lebih bagus sekiranya anda memulakan sesi ini seawal sebelum ketibaan jurulatih atau guru.

2. Tendang Laju bukan Kuat. Jika anda masih baru dalam latihan Silat, anda perlu melatih bagaimana cara atau kaedah tendangan yang betul terlebih dahulu. Kemudian, latih cara untuk menendang dengan laju dengan menendang 2 kali ganda dari jumlah kebiasaan anda tendang semasa latihan. Anda juga boleh menggunakan 'stopwatch' untuk mengira jumlah tendangan anda di dalam 10, 20, atau 30 saat.

3. Gandakan Tendangan pada kaki yang lemah. Tidak syak lagi yang ramai pesilat gemar bergantung pada kaki yang kuat. Pastikan anda tidak tergolong di dalam statistik ini. Seorang pesilat yang berjaya melatih kedua-dua belah kakinya. Dengar macam susah tetapi ia boleh dilakukan. Apa yang anda perlu hanyalah satu formula mudah. Formulanya, anda perlu gandakan jumlah tendangan untuk kaki yang lemah. Contoh, biasanya anda membuat 20 kali tendangan kaki kanan (kaki kuat), anda perlu menendang sebanyak 40 kali untuk kaki kiri (kaki lemah). Jika anda lemah kaki kanan, maka gandakan untuk kaki kanan. Mudah bukan? Formula ini mampu membantu pesilat untuk meningkatkan lagi kelajuan dan kekuatan tendangan pada kaki mereka yang lemah.

Latihan beladiri dalam Silat menekankan kepada keupayaan seseorang untuk menguasai kemahiran tertentu berdasarkan keupayaan mereka sendiri. Walaubagaimanapun, kebanyakkan Guru Silat akan menerangkan dan menentukan kemahiran unik yang ada pada anda berdasarkan pencapaian dan keupayaan anda di dalam pertandingan Silat. Teknik menendang amat sesuai untuk anda sekiranya fleksibiliti atau daya regangan badan anda cukup baik. Walaubagaimanapun, jika fleksibiliti anda lemah maka anda perlu mencari kemahiran lain yang sesuai dengan anda.

Nota Penulis : Atau, anda juga mungkin perlu meningkat daya regangan badan anda dengan latihan regangan dan latihan kekuatan otot.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...