Thursday, May 30, 2013

ISTERI ALMARHUM TN. GURU ANUAR ABD WAHAB TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

GAMBAR : Ketika Allahyarhamah dirawat di Hospital UKM
bulan April (2013) lepas.

Dukacita dimaklumkan bahawa ibu kepada Tuan Guru Aminuddin Anuar, Allahyarhamah Rokiah Daharun (isteri Allahyarham Anuar Abdul Wahab) telah pulang ke Rahmatullah pada 29/5/2013 (Rabu) jam 10.15 pm di Hospital Kajang. 


Semoga Allahyarhamah di tempatkan di kalangan para Solihin. 

Amin. 

Sama-sama kita menghadiahkan Al-Fatihah.

  • Sedikit pencerahan mengenai Allahyarhamah Rokiah Daharun yang paling banyak berjasa kepada PSGFM:
  • Isteri kepada Guru Utama Pertama PSGFM.
  • Pengendang ibu dan anak team GENDANG FATANI kendalian Almarhum Tn Guru Anuar Abdul Wahab sewaktu mempolurkan silat PSGFM di seluruh Malaysia sekitar 70an-akhir 80an.
  • Orang yang bertanggungjawab mereka dan menjahit baju silat seni, baju layang, samping dll juara-juara Silat PSGFM dan Dunia.
  • Pereka pertama 'body-protector' silat olahraga untuk sea-games dan kejohanan-kejohanan utama silat dunia sekitar akhir 1970-an hingga 1990-an. Idea mereka ini kemudiannya di Ciplak oleh Oriental dan Everybody Martial Art.
  • Penyokong setia Guru Aminuddin Anuar dalam apa bidang yang diceburi sehingga bergelar juara dunia dll.
  • Menyediakan makan-minum para petanding silat remaja, kebangsaan dan dunia sepanjang mereka menetap dan berlatih di Akademi Fatani Kajang sekitar tahun akhir 1980an- hingga 2002
Dan banyak lagi jasa-jasa beliau yang tidak dapat saya ceritakan semuanya di sini. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...