Tuesday, May 7, 2013

TIPS SILAT: JENIS TUDUNG UNTUK LATIHAN SILAT

Bertudung merupakan pakaian kebiasaan bagi umat Islam di seluruh dunia berdasarkan kewajipan menutup aurat. Terdapat pelbagai jenis, fesyen dan nama tudung yang kita dapat lihat pada masa kini. Bagi seorang muslimah yang bersilat, jenis-jenis tudung dan kainnya perlu dititikberatkan agar dapat memberi keselesaan dan kemudahan ketika melakukan aktiviti-aktiviti silat.

Jika ada tudung diberikan nama berdasarkan selebriti terkenal yang menggayakannya seperti `Tudung Wardina`, `Tudung Yuna`, mungkin kita boleh syorkan tudung di bawah diberikan nama `Tudung Silat` kerana menetapi jenis kriteria yang dikehendaki.

JENIS TUDUNG YANG DISYORKAN :

Tudung Sarung adalah tepat untuk dipilih sebagai tudung ketika menjalani latihan Silat ataupun pertandingan Silat. Ia ringkas dan mudah untuk memakai. Cuma sarungkan terus. Tudung ini boleh dipakai tanpa menggunakan pin. Harganya juga murah, sekitar RM10 sehingga RM20 di pasaran.
Contoh Tudung Sarung Hitam
Kredit : madamiena.blogspot.com
Tudung berjenama ResportOn adalah tudung sukan yang berkualiti tinggi. Ia mempunyai teknologi QuickDry dan CoolMax dimana fabrik yang digunakan mudah kering 14x lebih pantas daripada kain cotton. Peluh akan terus diserap ke dalam fabrik. Fiber pada fabrik mengekalkan keadaan tudung walaupun dibasuh berulang kali.

Tudung ResportOn. Quickdry & CoolMax
Website: resporton.com/
Harga tudung ResportOn? Berharga CAD$59.99 , atau berharga RM176.90 jika mengikut pertukaran matawang sekarang.

Ia belum menembusi pasaran Malaysia lagi. Tudung ini dikeluarkan oleh syarikat dari Kanada dan direka oleh pereka industri bernama Elham Seyed Javad, wanita berasal dari negara Iran. Ironiknya, pereka tudung ini tidak memakai tudung.
Elham Seyed Javad, Pereka Tudung ResportOn.

Contoh Pemakaian Tudung ketika Bersilat : 





JENIS TUDUNG YANG TIDAK DISYORKAN: 
Berikut merupakan jenis-jenis tudung tidak disyorkan untuk dipakai ketika latihan Silat.

Tudung dipakai dengan tidak kemas dan tidak diikat dengan betul,
 menyukarkan pergerakan dan agak mengganggu atlit / pesilat.
Juga boleh mencekik leher pesilat.
Pemakaian pin tudung tidak digalakkan terutamanya
ketika pertandingan kerana boleh membawa
kecederaan kepada pesilat.

Begitulah serba sedikit tentang pemakaian tudung untuk aktiviti Silat. Semoga tulisan ini dapat memberi maklumat berguna kepada pembaca khususnya para pesilat wanita dalam memilih tudung untuk bersilat.

Ada mana-mana laki berani nak kacau diorang ni? hehe


M. SAFWAN
JURULATIH PSGFM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...