Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul 1435 Hijrah


Wahai Sang Purnama yang sempurna,
Ketinggian mu sukar untuk diluahkan dengan kata-kata,

Alam semesta terang benderang dengan kelahiran mu,
Bersinar dengan cahaya kenikmatan dan rahmat daripada Tuhan Sekalian Alam,

Ya Tuhan kami,
sampaikanlah doa dan salam kami,
buat kekasih Mu yang amat dikasihi kami,

Dialah menjadi kebanggaan kami,
betapa beruntungnya kami kerana dia dilahirkan untuk kami,
betapa melimpahnya rahmat yang telah Engkau berikan buat kami,

SALAM MAULIDUR RASUL daripada kami Kelas Silat Bangi.

Monday, December 16, 2013

CUKA KURMA (KHAL TAMAR) : MAKANAN UNTUK PENDEKAR

"Sebaik-baik hidangan adalah KHAL. Sebaik-baik hidangan adalah KHAL." - Nabi Muhammad S.A.W

Contoh pembotolan Cuka Kurma atau Khal Tamar
Begitulah kata-kata yang dikeluarkan oleh baginda Nabi Muhammad (s.a.w.) di dalam hadis riwayat Imam Muslim (Muslim 2052). Namun apakah itu Khal? Atau juga dikenali sebagai Khal Tamar. `Khal` adalah perkataan Arab yang bermaksud `Cuka` di dalam bahasa Melayu manakala `Tamar` adalah bermaksud `Kurma`. Maka apakah hebatnya khal ini sehingga Rasulullah mengeluarkan kata-kata sedemikian rupa? Dan kenapa saya menegaskan yang khal ini adalah `Makanan untuk pendekar dan pesilat`?

Thursday, May 30, 2013

ISTERI ALMARHUM TN. GURU ANUAR ABD WAHAB TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

GAMBAR : Ketika Allahyarhamah dirawat di Hospital UKM
bulan April (2013) lepas.

Dukacita dimaklumkan bahawa ibu kepada Tuan Guru Aminuddin Anuar, Allahyarhamah Rokiah Daharun (isteri Allahyarham Anuar Abdul Wahab) telah pulang ke Rahmatullah pada 29/5/2013 (Rabu) jam 10.15 pm di Hospital Kajang. 

Tuesday, May 7, 2013

TIPS SILAT: JENIS TUDUNG UNTUK LATIHAN SILAT

Bertudung merupakan pakaian kebiasaan bagi umat Islam di seluruh dunia berdasarkan kewajipan menutup aurat. Terdapat pelbagai jenis, fesyen dan nama tudung yang kita dapat lihat pada masa kini. Bagi seorang muslimah yang bersilat, jenis-jenis tudung dan kainnya perlu dititikberatkan agar dapat memberi keselesaan dan kemudahan ketika melakukan aktiviti-aktiviti silat.

Friday, May 3, 2013

PRU-13 | 5hb Mei 2013 : KELAS DIBATALKAN


Berikutan PRU-13 jatuh pada 5 Mei 2013 (Ahad), kelas Silat di Dewan MPKj Seksyen Dua Bandar Baru Bangi DIBATALKAN.

Kelas akan bermula semula pada 12 Mei 2013 (Ahad) jam 10 pagi.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi terus jurulatih (En. Safwan) di talian 019 - 265 0976.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...