Thursday, March 21, 2013

LAWATAN GURU AMINUDDIN HJ ANUAR KE KELAS SILAT BANGI


Pada penghujung bulan Febuari 2013, Guru Aminuddin Hj Anuar (Anak kepada Almarhum Tn Guru Anuar Abd Wahab) telah terbang dari Sabah ke kampung halamannya di Taman Mesra, Kajang ekoran kesihatan ibunya yang terganggu. Sekembalinya ke Kajang, beliau juga membuat kunjungan ke gelanggang-gelanggang kelolaan Pusat Cemerlang Silat dalam melihat perkembangan Silat di Semenanjung. Ia merupakan sebuah penghargaan yang besar kepada KELAS SILAT BANGI.

Antara gelanggang selain di Bandar Baru Bangi yang sempat dilawati beliau adalah Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya dan gelanggang di Shah Alam (kelolaan Guru Shahiid). 

Di kesempatan ini juga, beliau juga membuat lawatan ke rumah pakcik beliau iaitu Guru Tua Salehuddin Abd Wahab yang juga aktif bersilat dan mengajar silat ketika muda. Guru Tua Salehuddin merupakan bekas atlet negara dalam sukan Silat Olahraga.


Guru Aminuddin amat berbangga dengan perkembangan Pusat Cemerlang Silat dalam mengorak langkah memajukan Seni Silat yang ditinggalkan oleh Almarhum bapanya. Kesungguhan ahli-ahli dalam menimba ilmu Silat juga dipuji beliau.


Pada 3 Mac 2013, PCS telah membuat Kursus Seni Silat Tempur kepada pesilat-pesilat Bandar Baru Bangi, dan Guru Aminuddin bertindak sebagai "Guess Speaker". Kursus ini memberi pendedahan kepada pesilat tentang permainan Silat Tempur yang akan dipertandingkan awal bulan April 2013.

Sebelum pulang ke Sabah pada 5 Mac 2013. Guru Aminuddin memberi kata-kata semangat kepada pesilat-pesilat di Bandar Baru Bangi  agar menjadi seorang pesilat yang hebat dan baik. Beliau juga berpesan agar ilmu-ilmu yang dipelajari pesilat dikembangkan dengan berlatih berulang-kali, bertanding, dan juga mengajar kepada adik-beradik atau kawan-kawan. Dengan ini, sedikit sebanyak dapat mengembangkan lagi ilmu Silat yang dipelajari.

Terima Kasih Guru Aminuddin atas lawatan tempoh hari. Semoga Guru Aminuddin terus sukses di Sabah. Syabas!


Bergambar bersama Guru dan Jurulatih yang bertugas ketika Kursus Seni Silat Tempur.

Pesilat dari Universiti Malaya berbual dengan Guru Aminuddin.

Minum-minum di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.
Berhadapan dengan SMK Jln Tiga, Bdr Baru Bangi.

Sedang memberi penerangan ketika Kursus Seni Silat Tempur.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...